Monday, January 2, 2012 0 comments

Bermulanya disini

Sekian lama menyepi.Lepas 1 update terus sepi.Tapi itu dulu sebab mulai sekarang akan saya pastikan blog ini akan sentiasa dikemaskini.Blog ini akan menjadi diari elektronik saya.Disini juga saya akan coretkan cerita suka duka saya untuk tatapan si dia.Saya meletakkan tahun 2012 sebagai titik perubahan dalam diri ini.Saya juga berazam untuk menunaikan segala azam yang saya buat padatahun ini.Maklumlah sebelum ni azam tak pernah tercapai pon haha.Tapi saya tak berhajat untuk senaraikan azam saya diwaktu ni.(malu kalau tak tercapai nanti)Biarlah azam itu saya simpan sendiri sehingga ia tercapai.
Sedikit imbasan tahun 2011 nak cerita kat sini.Semua berkisar cerita duka macam terpaksa tukar kerja 2 kali,masalah kewangan,handphone rosak la dan yang paling mengecewakan tentang kecundang dalam percintaan.Pon begitu ada juga perkara yang menggembirakan terjadi.Dimana adik saya berjaya dapat 3.5 dalam peperiksaan semesta pertama,dapat anak buah dan bertemu dengan seseorang yang amat bermakna dalam ini.
Sekian dulu setakat ini.Banyak yang nak diceritakan,tapi biarlah di entri yang akan datang.Dah dekat pukul 4 pagi tak tido lagi ni.Ok masa untuk tido sebelum mengarut ceritakan benda bukan-bukan baik tido. Selamat malam.
 
;