Monday, September 3, 2012 0 comments

Blog sampah ke?

Tergerak nak tulis entri baru pepagi buta ni lepas sekian lama tak update. Bukan malas nak menulis tapi dek kerana banyak sangat yang yang diceritakan akhirnya habuk pon tara. Tambah pulak takde sifat istiqamah.

Tetiba aku rajin ni lepas baca entri terbaru kat juskhai cerita pasal idea. Sebab situasi aku sama dengan apa yang dia cerita. Ok stop cerita pasal idea sebelum idea kat kepala ni hilang. Hehehe sebenarnya apa yang aku nak cerita  langsung takde kaitan dengan tong sampah blog sampah pon.

Cuma baru2 ni aku terpikir nak kembali belajar lepas puas pikir sampai bila nak macam ni. Umur pon dah 26 kerja tak tetap lagi. Sedangkan banyak tanggungjawab yang patut aku laksanakan kat dunia ni. Tambahan pulak keluarga memang setuju sangat kalau aku belajar balik. Tapi aku masih tercari2 kursus apa aku patut belajar sebab tak nak pengalaman dulu berulang lagi.

Untuk elakkan stress fikir benda tu, aku abaikan dulu lah. Tak nak rosakkan mood raya yang bersarang kat kepala ni. Raya kan sebulan kena lah sambut sepenuhnya kalau tak penat je puasa penuh hari tu. Cerita pasal raya, tahun ni pertama kalinya lepas sembahyang raya aku ke tanah perkuburan. Melawat pusara arwah atuk yang dah meninggalkan warisnya lebih 100 hari. Sayu bila teringat saat riwayat arwah melayan telatah anak cucu nak2 pulak cucu dia ni. Moga arwah Samsuri B. Hj Ali tenang disana.

Terlampau banyak idea susah pulak nak cerita heh. Mood pon tak berapa ceria bila ingat kereta banyak kerenah. Bahana lama tak servis. Sebelum merepek yang bukan2 cukup lah takat ni. Nanti banyak pulak merapunya. Selamat Hari Merdeka Raya hehehe




Monday, January 2, 2012 0 comments

Bermulanya disini

Sekian lama menyepi.Lepas 1 update terus sepi.Tapi itu dulu sebab mulai sekarang akan saya pastikan blog ini akan sentiasa dikemaskini.Blog ini akan menjadi diari elektronik saya.Disini juga saya akan coretkan cerita suka duka saya untuk tatapan si dia.Saya meletakkan tahun 2012 sebagai titik perubahan dalam diri ini.Saya juga berazam untuk menunaikan segala azam yang saya buat padatahun ini.Maklumlah sebelum ni azam tak pernah tercapai pon haha.Tapi saya tak berhajat untuk senaraikan azam saya diwaktu ni.(malu kalau tak tercapai nanti)Biarlah azam itu saya simpan sendiri sehingga ia tercapai.
Sedikit imbasan tahun 2011 nak cerita kat sini.Semua berkisar cerita duka macam terpaksa tukar kerja 2 kali,masalah kewangan,handphone rosak la dan yang paling mengecewakan tentang kecundang dalam percintaan.Pon begitu ada juga perkara yang menggembirakan terjadi.Dimana adik saya berjaya dapat 3.5 dalam peperiksaan semesta pertama,dapat anak buah dan bertemu dengan seseorang yang amat bermakna dalam ini.
Sekian dulu setakat ini.Banyak yang nak diceritakan,tapi biarlah di entri yang akan datang.Dah dekat pukul 4 pagi tak tido lagi ni.Ok masa untuk tido sebelum mengarut ceritakan benda bukan-bukan baik tido. Selamat malam.
 
;